AL KISAH KETUA MENTERI MELAKA
Ketua Menteri Melaka Dato'Wira Mohd Ali Rustam
kini dengan tidak disangaka-sangka mempunyai 10 buah kenderaan yang nombor pendaftarannya
bermula dari MAR 1 hinggalah MAR 10. Oleh kerana Mohd Ali Rustam telah memiliki
nombor pendaftaran dari nombor 1 hingga 10, maka dengan ini kami rakyat Melaka,
mengisytiharkan bahawa Mohd Ali Rustam adalah orang yang terkaya di negeri Melaka.
Daripada
sumber-sumber yang diperolehi dan boleh dipercayai, iaini daripada kuncu-kuncu UMNO
sendiri, nombor-nombor pendaftaran yang dimiliki oleh Mohd Ali Rustam tersebut adalah
kerana huruf yang dihadapannya bermula dengan "MAR" yang kununnya berbunyi
M=Mohd, A=Ali, R=Rustam. Oleh sebab itulah, Ketua Menteri Melaka ini terlalu ghairah untuk
memiliki nombor-nombor pendaftaran tersebut. Banyak yer duit Mohd Ali Rustam ???
Untuk
pengetahuan semua, Mohd Ali Rustam juga adalah menteri yang paling prihatin terhadap
keluarga dan kroni-kroninya. Sejak daripada beliau menaiki tahta kerajaan negeri Melaka,
hampir keseluruh keluarganya menerima ganjaran daripadanya. Anak-anak buahnya yang sebelum
ini tidak mempunyai apa-apa, kini setiap seorang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah
kereta. Ini adalah cerita benar, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka.
Berkenaan dengan
kroni-kroninya, diharap BPR dapatlah menyiasat dikalangan kroni-kroninya juga mempunyai
lebih daripada satu kereta.
Dikatakan, Mohd Ali Rustam juga terlibat dengan projek
membina sebuah empangan di Jasin, Melaka. Ramai kroni-kroni yang ingin mengambil
kesempatan untuk menjadi Mat Kepo dalam mencari pemaju untuk memajukan projek grand ini.
Dengan cara mendapatkan pemaju, mereka bolehlah mendapatkan sejumlah wang yang dikenali
sebagai "komisyen" diantara mereka. (Rasuah atau komisyen, Wallahhualam).
Empangan yang dikenali sebagai empangan Jus ini merupakan empangan yang kedua selepas
empangan Durian Tunggal.
Adakah perlu dibina empangan kedua ini ? Adakah empangan
Durian Tunggal tidak berupaya membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat negeri melaka ?
Inilah resmi kerajaan Barisan NajissS yang sering merompak dan membazirkan wang rakyat
demi kepentingan diri sendiri.
"Perisik BA" (Cawangan Melaka) "DULU
UMNO SEKARANG PAS"
REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI! ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
|
|